Saturday, May 22, 2010

Rawatan Islami Aura Metafizik

Apakah Rawatan Islami Aura Metafizik.?.

Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka :

Aura bermaksud Tenaga Gelombang atau Frekuensi atau Bioelektromegnetik.

Meta bermaksud Melangkau Jangkaan.

Fizik bermaksud Semula Jadi atau Alam Semula Jadi.

Islami bermaksud kaedah pengubatan yang diperlakukan adalah tidak menyalahi syariat Islam malah berpandukan al-Quran dan As-Sunah.

Oleh itu Aura Metafizik ialah falsafah atau Ilmu Pengetahuan Mengenai Segala Yang Luar Biasa atau Diluar Jangkaan Hukum Semula Jadi.

Sememangnya kita tidak dapat menafikan akan wujudnya jasmani dan rohani atau wujud fizik(physics) dengan wujud metafizik (metaphysics). Dimana wujudnya alam benda dalam aturan tabi’i yang dapat kita dengar, lihat dan rasa melalui pancaindera serta wujud sesuatu yang diluar daripada pancaindera.

Secara bahasa Ilmiah terdapat dua istilah iaitu pertama (Exoteric) benda dan perkara yang dapat ditunjukkan kepada pancaindera yakni mampu untuk dirasa, dipegang, dilihat dan didengar. Kedua (Esoteric) keajaiban dan keindahan yang dapat dirasakan oleh rasa kebatinan pancaindera dan rohani seperti rasa kelazatan manisan gula yang dirasai melalui lidah dan tidaklah dapat ditunjukkan rupa rasa manisan tersebut.

Hal demikian juga terdapat pada penyakit-penyakit tertentu, terutama yang bersangkutan dengan gangguan makhluk halus, sihir, santau, saka dan sebagainya.

Justeru itu bagi merawat penyakit sedemikian ianya memerlukan kefahaman dan Ilmu yang berkaitan dengan penyakit tersebut. Oleh kerana ianya merupakan penyakit yang bersangkutan dengan spiritual maka kaedah rawatannya juga adalah secara spiritual.

Dari Abu Hurairah r.a Rasullullah s.a.w “Tidaklah Allah swt menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia turunkan penyembuh untuknya”.

Oleh itu samada perawat atau pesakit tidak boleh berputusasa didalam berikhtiar untuk mendapat kesembuhan dengan keizinanNya. Dari Jabir bin Abdillah Rasullullah saw bersabda “ Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Oleh kerana itu barang siapa yang tepat didalam melakukan pengobatan sesuatu penyakit maka dengan izin Allah swt dia akan sembuh”.

Diatas prinsip dan mengambil tanggungjawab sebagai salah satu dari fardu Kifayah maka Akademi Aura Metafizik dengan rendah diri menawarkan Kursus Rawatan Islami Aura Metafizik kepada yang berminat menceburkan diri dialam perubatan metafizik. Rawatan ini berasaskan gabungan kaedah Kekuatan Minda dan Penggunaan Ayat-ayat Rukyah yang bersumberkan surah-surah tertentu dari Al-Quran.

Mungkin ada sesetengah tertanya-tanya apakah yang dengan dimaksudkan dengan Kuasa Minda. Bagaimana pula kaitan Kuasa Minda dengan kaedah merawat penyakit.? Mungkin Istilah Kuasa Minda itu yang mengelirukan anda. Firman Allah swt dalam Hadis Qudsi “Aku ini berada pada sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.” Maksud sangkaan pada ayat tersebut boleh dimengertikan sebagai apa yang terlintas, terbayang, tergambar dan niat seseorang itu ketika dia sedang bermunajat kepada Allah swt.

Secara teori ilmiahnya apabila seseorang itu sedang atau ingin memikirkan atau membayang sesuatu sudah tentu dia akan menggunakan minda dan menggunaan minda inilah yang dimaksudkan dengan Kuasa Minda. Membayangkan seolah-olah terbelah dua sebiji buah tembikai didalam minda atau akal kita. Membayangkan inilah yang dikatakan menggunakan Kuasa Minda. Itu bahasa moden atau bahasa buku tetapi mungkin lebih tetap atau lebih difahami jika kita membahasakan bahawa membayangkan itu adalah sama seperti memakrifatkan didalam hati dan akal kita bagaimana didalam bayangan fikiran kita buah tembikai tersebut boleh terbelah dua. Sedangkan buah tembikai tadi tidak ada didepan mata cuba ianya wujud didalam bayangan fikiran sahaja. Disinilah terdapatnya kebesaran Allah swt menjadikan akal atau minda yang cukup istimewa kepada manusia yang tidak terdapat pada haiwan dan syaitan serta jin.

Justeru itu menguasai Kuasa Minda sebelum kita menceburi bidang atau melangkah ke alam perubatan spiritual atau batin ini amat dititikberatkan. Ini kerana perawat akan berhadapan dengan berbagai situasi yang kadangkala tidak terduga oleh benak kita. Jika tidak dibangkitkan Kuasa Minda dikhuatiri kita akan kecundang dan mudah terpedaya. Sebab itulah untuk berjaya didunia perlu mikliki ilmu dan untuk berjaya diakhirat juga perlukan ilmu. Malah jika memiliki ilmu InsyaAllah kita akan berjaya bukan sahaja didunia malah Dunia Dan Akhirat.

Alam perubatan spiritual merupakan suatu ruangan yang amat unik dan begitu luas dimana perawat atau pengamal perubatan kebatinan amat terdedah kepada berbagai risiko. Risiko yang disebabkan oleh alam jin, adalah sesuatu yang tidak terduga. Berbagai bentuk dan kesan yang akan dirasai. Serangan hendap dari syaitan dan jin yang ditentang ketika merawat pesakit adalah sebahagian dari risiko yang paling kita sinonim. Malah adakalanya serangan tersebut tempias kepada ahli keluarga perawat.

Selain dari serangan dalam bentuk merasai kesan sakitnya, penipuan makhlus halus ini amat licik. Dengan berbagai kerenah serta tipu helah. Namun InsyaAllah dengan memkiliki pengetahuan tentang minda atau akal, kita tidak akan mudah terpedaya serta tertipu dengan makhluk halus yang kerjanya hanyalah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah swt.

Ini adalah kerana iblis, syaitan dan jin tidak mempunyai akal bahkan makhluk tersebut hanya memiliki nafsu semata-mata.

Justeru itu kami di Akademi Aura Metafizik menganjurkan Kursus Mengenali Diri dan Mengenali Yang Menciptakan Diri melalui Kursus yang diberi jenama THE SECRET OF SECRETS atau Rahsia Dalam Rahsia. Kenapa ? Sebab didalam diri kita sebenarnya tersembunyi, terselit dan terkandung keBesaran Allah swt. Firman Allah swt didalam Hadis Qudsi “MANUSIA ADALAH RAHSIA-KU DAN AKU ADALAH RAHSIA MANUSIA”.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi dengan rasa tanggungjawab berasaskan sedikit pengalaman sepanjang berkecimpung diarena perubatan spiritual ini,….adalah amat tepat dan perlu rasanya kita melengkapkan diri kita dengan pengetahuan berhubung dengan Ilmu Mengenali Diri ini kerana dengan mengenal diri kita maka kita akan mengenal akan Pencipta kita.

Perumpamaannya jika kita dah baik dan kenal betul dengan Raja,…. Tentu mudah dan apa yang dihajati akan dengan mudah dipenuhi hajat tersebut. Tetapi jika tak kenal apatah lagi jika begitu jauh,… tentu sukar.

Bila dah kenal akan Dia…. FirmanNya lagi didalam Hadis Qudsi “AKU ADALAH GUDANG YANG TERSEMBUNYI MAKA AKU INGIN DIKENALI. MAKA AKU MENCIPTAKAN MAKHLUK AGAR MEREKA MENGENALI-KU”. Jadi tugas kita ialah menerokai gudang tersebut yang sebenarnya berada didalam diri kita.

InsyaAllah mudah-mudahan dengan menemui Gudang Ilmu tersebut menerusi Akal dan Minda yang telah dirangsang,..maka untuk melangkah dan menceburi ke alam perubatan Spiritual/kebatinan adalah suatu langkah bijak yang amat dialu-alukan.

Sebab bagi mereka yang telah mengenali Dirinya kenal Akan Penciptanya,…tidak akan timbul rasa kecewa, riak, takbur, bongkak, bangga diri dan merasakan dia sahaja yang pandai dan hebat sedang orang lain tidak sehebat dirinya. Disinilah syaitan, iblis dan jin tersebut memainkan peranan memasukkan jarum dalam hati supaya timbul sifat-sifat tercela tersebut. Semakin ramai yang dirawat dan semakin cepat kesembuhannya, maka semakin banyak bisikan dan hasutan syaitan, iblis dan jin didalam hati. Akhirnya akan terjadi dimana sebenarnya makhluk halus tersebut turut memainkan peranan dalam proses rawatan.Tidak mustahil jin dengan jin berpakat sesama mereka bagi memperdaya perawat. Sehingga satu peringkat perawat akan bersahabat dengan Jin.

Tetapi jika perawat terlebih dahulu bersedia dengan Ilmu Mengenali Diri didada, InsyaAllah situasi dimana bisikan dan hasutan dari iblis, syaitan dan jin tersebut dapat dikekangkan.

Dengan mempraktikkan pengajaran dari Ilmu Mengenal Diri ini, mudah-mudahan kita akan lebih berkeyakinan tinggi seiringan dengan ketinggian Tauhidnya pada Penciptanya iaitu Allah swt. Siapa yang mengenali dirinya dan kenal akan penciptanya,…terserlah dihati sanubarinya ketabahan, ketenangan dan lahir suatu perasaan PENYERAHAN TOTAL kepada Penciptanya dalam apa juga perbuatan yang dikerjakan.

Menerusi Kursus ini kita akan ditunjukkan kaedah dan kefahaman tentang Penyerahan dan Pengosongan. Daripada kefahaman Penyerahan dan Pengosongan inilah akan terbit dan timbul suatu Anjakan atau Tolakan Tenaga Dalaman yang terpendam didalam diri kita. Inilah yang dikatakan Tenaga Dalaman.

Dengan menguasai Kuasa Minda dan terbangkitnya Tenaga Dalaman ini maka akan terbentuknya suatu Tenaga Luar Biasa yang mana keluarbiasaan inilah yang akan membolehkan kita melakukan sesuatu yang Luar Biasa terutama ketika berhadapan dengan makhluk ghaib atau halus ini.

Bagi memantapkan lagi Kuasa Minda, Tenaga Dalaman ini, kita amat-amat menitikberatkan supaya perawat mengamalkan ayat-ayat pendinding dan penyembuh penyakit yang bersumberkan dari Al-Quran atau lebih dikenali sebagai ayat-ayat Rukyah.

Dengan modul yang tersusun serta disampaikan secara sistematik,… InsyaAllah akan lahirlah perawat-perawat yang berkarisma, berilmu, beramal, tawaduk, berakhlak, beretika dan murni budi pekertinya.

Firman Allah swt “ Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya” surah Al-Israa ayat 82

Sabda Rasulullah saw, “Ada ilmu yang seperti tiram (tersembunyi). Hanya orang-orang yang mengenal Allah swt yang mengetahuinya. Bila mereka berbicara, orang-orang agung tidak dapat menolak”.

InsyaAllah dengan secebis pelaburan sebagai usaha pengorbanan anda tidak merasakan kerugian. Dari ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan diamalkan, para peserta dapat membantu merawat diri sendiri dan orang lain yang memerlukannya. Mempelajari Ilmu ini merupakan salah dari dari Fardu Kifayah yang dituntut oleh Islam.

Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan melalui kaedah ini ialah:

- Sihir (khianat dan dengki manusia)

- Santau

- Saka

- Stress

- Kemurungan

- Gangguan permis perniagaan

- Gangguan rumah kediaman

- Masalah kesuburan

- Penyakit ketumbuhan (Kanser)

- Kencing Manis (keturunan)

- Dan lain-lain.

Rasullullah saw bersabda “ Sesiapa yang beramal dengan apa yang diketahuinya, Allah swt akan menganugerahkannya ilmu yang belum diketahuinya”.

No comments:

Post a Comment